Amalan-Amalan Sunnah Hari Jumaat


Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita semua hari ini.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang. Rebutlah ganjaran yang berlipat ganda pada hari ini. 

Rasullullah saw amat sayang akan umatnya, maka ditinggalkan sunnah-sunnah untuk umatnya agar mendapat pahala yang lebih pada hari Jumaat. Banyakkan selawat semoga anda mendapat Syafaat darinya...InsyaAllah. 

Checklist Amalan Hari Jumaat

Berikut merupakan checklist amalan khusus pada hari Jumaat:
✔ Banyakkan selawat ke atas Rasulullah saw.
✔ Membaca Surah Al-Kahfi.
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.
✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
✔ Membanyakkan sedeqah.
✔ Memperbanyakkan amalan sunat.
✔ Memotong kuku kaki dan tangan.
✔ Memperbanyakkan zikrullah.
✔ Memakai pakaian sunnah.
✔ Memakai wangi-wangian.
✔ Hadir awal ke masjid.

Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Sunnah-sunnah Pada Hari Jumaat

Sunnah-sunnah Pada Hari Jumaat

Sunnah-sunnah Pada Hari Jumaat

Kredit kepada pembuat informasi...semoga anda mendapat pahala amal jariah yang berterusan dari Allah SWT... Jom amalkan sunnah-sunnah di hari Jumaat!

Sumber:medsos

Post a Comment

0 Comments