Bawang Putih Petua Merawat Pelbagai Penyakit


Bawang Putih bukan sekadar untuk penyedap makanan. Ia dikenal di seluruh dunia kerana manfaatnya membantu banyak orang sakit.Inilah antara sebabnya mengapa orang Cina amat gemarkan bawang putih dalam makanan mereka. 

Bawang putih mengandungi bahan yang dipanggil allisin. Bahan inilah Yang bertindak baik untuk menyembuh pelbagai penyakit. Ia dikatakan ubat semula jadi untuk mengendalikan tekanan darah tinggi dan rendah, kolesterol tinggi, penyakit jantung, serangan jantung dan penurunan aliran darah.

#Pulihkan Cirit Birit

Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebu
bersama segelas air. Biarkan sejuk seketik
dan minum air rebusannya sebelum makan
Lakukan tiga kali sehari hingga cirit biri
makin sembuh.

#Atasi Batuk Selsema Anak

Bakar bawang putih tanpa membuan
kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan
masukkan ke dalam bekas yang diisikan
minyak masak. Sapukan pada dada, kaki da
belakang badan anak.

#Pulihkan Sakit Tumit

Bakar tiga ulas bawang putih tanpa
membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.

# Masalah Pencernaan

Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang
panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kalisehari dan rasakan perbezaannya.

#Telinga Bernanah

Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya
dan titiskan ke dalam telinga.

Antara Kelebihan Dan Khasiat Lain Bawang Putih

1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri
antibakteria, anti virus, anti barah dan
mencegah sakit jantung.

2. Bawang putih mempunyai dua mineral
pelindung iaitu selenium dan germanium
yang baik untuk kesihatan.

3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.

4. Kandungan allicin boleh mencegah tumor kerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.

5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.

Jadi, jom kita cuba amalkan bawang putih dengan cara ini. Banyak khasiatnya, rugilah jika tidak diamalkan.

Post a Comment

0 Comments