Belajar Rukun Solat

Panduan ini akan menunjukkan kepada anda mengenai 13 rukun solat yang mana jika tertinggal boleh menyebabkan solat tidak sah. Oleh itu, mari kita teliti satu persatu perkara-perkara tersebut.


1. Berdiri Tegak

Berdiri secara tegak, lurus serta mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Hukumnya sunat, jika ketika berdiri ditundukkan sedikit kepala serta memandang ke tempat yang akan disujud. Sekiranya sakit atau cacat dan sebagainya bolehlah bersolat secara berbaring, terlentang, duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirakan sesuai. "Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring.”
(Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan
Abu Dawud)

2. Niat

Hendaklah berniat dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat zohor, maka mestilah berniat untuk bersolat zohor bukan solat yang lain.


3. Takbiratul Ihram laitu Dengan Lafaz

laitu, dengan melafaz 'Allahuakbar' ketika
memulakan solat dengan suara sederhana
yang sekuranganya dapat didengar oleh diri
sendiri.


4. Membaca Surah al-Fatihah 
    Pada Setiap Rakaat

Surah al-Fatihah adalah wajib dibaca, jika tertinggal solat menjadi tidak sah. “Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)”
(Hadis Riwayat Bukhari)


5. Rukuk Dengan Tamakninah

Rukuk adalah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Ada bacaan tertentu semasa berukuk, ataupun berdoa dan cukup dengan bertasbih. Tamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.



6. Iktidal

Iktidal adalah bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidaklah lama iaitu sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.

7. Sujud Dua Kali Dengan Tamakninah

Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sunat jika meletakkan hidung ketika bersujud.


8. Duduk antara Dua Sujud Dengan 
     Tamakninah

Duduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah.


9. Duduk Tasyahud/Tahiyat Akhir

Duduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.

10. Membaca Tasyahud/Tahiyat Akhir

Tahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah SWT dan salam serta diakhiri dengan lafaz syahadah.


11. Membaca selawat ke atas 
       Rasulullah SAW

Ketika duduk tahiyat akhir iaitu selepas
melafazkan dua kalimah syahadah, wajib
membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.

12. Memberi salam yang pertama

Salam sebagai penutup dalam mendirikan solat, iaitu cukup dengan melafazkan 'Assalamualaikum'.

13. Tertib

Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.

Sumber/kredit: Mywilayah.com



Post a Comment

0 Comments