Berbasikal Riadah Yang Kian Popular



TIPS MUDAH UNTUK PENGGEMAR  BARU 

SELAIN aktiviti riadah seperti berjoging, mendaki bukit dan memancing, aktiviti berbasikal sudah mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini.

Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan RIADAH berbasikal, ini antara tips yang dikongsikan untuk anda:

1) Fahami peraturan

Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti berbasikal dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang risiko.  Utamakan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu.

2) Latih kemahiran berbasikal dijalan yang kurang sibuk

Sebelum berbasikal dijalan besar, anda juga disarankan sebagai permulaan untuk melakukan aktiviti itu di jalan-jalan yang lebih sunyi tanpa kenderaan laju. Tingkatan kemahiran terlebih dahulu seperti mengendali brek dan gear pada basikal.

3) Jangan Bimbang Berbasikal Di Jalanraya

Ketika anda sedang berbasikal, anda disarankan untuk berfikiran seperti seorang pemandu kereta. Ini supaya pergerakan anda boleh dijangka pemandu lain.

Ia termasuk berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah, berhenti pada papan tanda berhenti, dan berbasikal menggunakan arah sama dan bukan melawan arus.

4) Pastikan anda gunakan helmet dengan betul

Ketika berbasikal, pastikan topi keledar yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda. Ketika berbasikal, pastikan helmet yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda. 

5) Cari teman berbasikal bersama

Bagi anda yang baru sahaja berjinak dalam aktiviti riadah ini, anda dinasihatkan untuk mengajak rakan-rakan yang lebih berpengalaman  supaya Kita boleh belajar dari mereka.

6) Pastikan basikal anda selamat digunakan

Sebelum memulakan perjalanan, anda perlu memastikan basikal anda dalam keadaan selamat. Pastikan anda sudah memeriksa keadaan tayar, brek, rantai basikal dan sebagainya.

Pastikan anda juga memakai pakaian dan kasut yang sesuai agar anda lebih selesa ketika berbasikal.

Sumber: Huffpost.com, astroawani



Post a Comment

0 Comments