Berbekam Amalan Sunnah Untuk Kesihatan


Berbekam Amalan Sunnah Untuk Kesihatan

Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, inilah jawapannya :
Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”.
[Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang  pembekam, no.Hadith 1960]
 
Daripada Abdullah bin Abbas bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. 
[Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]
 
 
Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.
[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]
 
Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”.
[Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam  kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan pula, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Kelebihan Berbekam

Antara  kebaikan dan faedah bekam  adalah seperti berikut:-

1. Menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW, mendapat pahala & kebaikan melakukannya. 

2. Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit. Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin & syaitan.

3. Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah. Membantu menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).

4. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah. Untuk menyembuhkan penyakit gout.

5. Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah. Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan & masalah jerawat.

6. Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah. Untuk membuang kolestrol.

7. Meringankan otot-otot yang tegang.Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan otot/lenguh-lenguh sendi.

8. Merawat & menyembuhkan masalah stress melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.

9. Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan. Menyembuhkan masalah angin di dalam badan.

10. Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan Dan melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang.

11. Menyembuhkan sakit kepala / pening kepala / migrain

12. Merawat & menyembuhkan penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong (pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan /berdiri), dll.

Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.

Wallahua’lam

Sumber/Kredit: Irsyad al-Hadith, terapibwkamsunnahalfath.
  

Post a Comment

0 Comments