BUNGA RAYA PETUA MERAWAT SAKIT KEPALA/ MIGRAIN




SAKIT kepala atau migrain bukan sesuatu yang menyenangkan. Bukan sahaja ia boleh menganggu tugas seharian, malah boleh membuatkan kita hilang selera makan dan juga meningkatkan tekanan.

Selalunya apabila mengalami sakit kepala atau migrain, benda pertama yang selalunya kita cari ialah ubat tahan sakit.

Sebenarnya ada banyak petua orang tua untuk merawat migrain.Satu petua turun temurun yang ingin dikongsikan disini ialah penggunaan Bunga/ Daun Bunga Raya.

Siapa yang tidak kenal dengan bunga raya? Ada pelbagai kegunaan dan khasiat bunga raya yang anda mungkin tidak tahu.

Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Malah, ia merupakan bunga kebangsaan bagi negara kita, Malaysia.

Selain daripada keindahan semula jadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan sangat penting yang mana telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India.

Bagaimanakah caranya?

Mudah sahaja, ambil beberapa helai daun bunga raya dan masukkannya ke dalam bekas bersama air.

Ramas sehingga daun mengeluarkan lendir.

Kemudian sapu lendir tersebut pada bahagian kepala dan seluruh rambut.

Biarkan 15-20 minit .Selepas itu bolehlah cuci dan bilas rambut anda.Ulangi selang dua hari untuk tempoh seminggu.Kemudian bolehlah diamal seminggu sekali atau sekurang2 nya sebulan sekali.

Ingat, buat secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Selain untuk kesihatan, ia juga mampu memberi kecantikan buat rambut anda termasuk menghilangkan kelemumur, membuatkan rambut berkilat dan menyejukkan kulit kepala.

Selamat mencuba.. insha'Allah




Post a Comment

0 Comments