CENGKIH PETUA MERAWAT SAKIT GIGI



Cengkih yang biasa kita tahu adalah antara ramuan masakan untuk menyedapkan makanan. Selain ramuan masakan cengkih juga merupakan tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat serta kelebihan.

Orang dahulu menggunakan bunga cengkih untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah sakit gigi.

Bagaimana caranya?

Hanya ambil 3-5 bunga cengkih dan kunyah. Sebaiknya kenyah berdekatan bahagian gigi yg sakit.

Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih (jadikan serbuk) kemudian 

masukan serbuk bunga cengkih tadi ke dalam gigi yg berlubang. Lama kelamaan akan hilang sakit tersebut. 

Ini hanya untuk rawatan sementara, jika berlarutan teruslah mendapatkan rawatan di klinik gigi dan sebagainya. 

Selamat mencuba. Insha'Allah

Post a Comment

0 Comments