Doa Agar Dapat Tidur Malam

Petua dan Amalan

Zaid bin Thabit pernah mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia), lalu beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda telah mengajarnya doa di atas. Akhirnya, beliau dapat tidur dengan nyenyak.
 Doanya:


"Allahumma gharatin nujum, wa hada atil ‘uyun, wa anta Hayyun Qayyum, la ta-khudhuka sinatuw wala nawm. Ya Hayyu ya Qayyum, ahd-i layli wa anim ‘ayni."

 
Maksudnya: "Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia. Engkau hidup berkekalan lagi mentadbir urusan makhluk-Nya. Wahai Tuhan yang hidup berkekalan. Wahai Tuhan yang mentadbir urusan makhluk, lelapkan mataku dan tenangkan malamku ini." 
(Riwayat al-Tabarani dan Ibn Sunni)



Sumber:SOLUSI

Post a Comment

0 Comments