Doa Agar Terselamat Dari Pelbagai Kejahatan


Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hari yang
 buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, kawan yang buruk dan jiran yang
 buruk di akhirat." (Riwayat al-Tabarani)


Keterangan dan Petua Beramal

Amalkan membaca doa ini, terutamanya sebelum berpindah ke rumah baru.

Amalkannya terus-menerus agar diselamatkan oleh Allah daripada berjiran dengan jiran yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sendiri.

Jiran yang bersikap sombong dan tidak mempedulikan orang lain akan
menyebabkan selalu timbul salah faham. Kadangkala, perselisihan boleh berlaku

hanya disebabkan isu yang kecil seperti pokok bunga yang menjulur atau memasuki rumahnya secara tidak sengaja.

Insya-Allah, dengan membaca doa seperti ini segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: SOLUSI.

Post a Comment

0 Comments