HABBATUS Sauda Makanan Sunnah Banyak Khasiat

HABBATUS Sauda Makanan Sunnah Banyak Khasiat


HABBATUS Sauda atau jintan hitam memang dikenali sejak beribu tahun lamanya kerana kelebihannya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam hadis Abu Hurairah ra, diriwayatkan beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, "Al-Habbatus Sauda itu penawar bagi segala penyakit kecuali maut."

Kehebatan ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, habbatus sauda dikatakan bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Antara manfaat habbatus sauda:-

1. Mengurangkan sakit  radangan

Habbatus sauda dapat mengurangkan peradangan dan juga melegakan otot yang kaku. Ini boleh membantu meringankan gejala yang dialami oleh pengidap asma. Bahkan, habbatus sauda juga dipercayai mampu menurunkan risiko radang saraf dan jaringan otak yang berisiko menimbulkan penyakit alzheimer dan parkinson.

2. Menstabilkan tekanan darah

Kajian menunjukkan pengambilan pil ekstrak habbatus sauda setiap hari selama dua bulan boleh menstabilkan tekanan darah pada mereka.

3. Membantu meningkatkan kadar metabolisme dan menurunkan berat badan

Jika mengambil suplemen yang memiliki kandungan minyak habbatus sauda ia juga mampu membantu mengatasi gangguan metabolisme dan menurunkan berat badan.


Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan jika anda ingin mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan kesihatan optimum.

Cara Pengambilan & Kebaikannya:

Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam
untuk menjaga kesihatan;

Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isteri. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Selain kaedah diatas Ada banyak lagi  kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.

Selamat Beramal.
Allahu'alam.

Sumber/Kredit:medsos

Post a Comment

0 Comments