HUZAIFAH BERTANYA TENTANG KEJAHATAN


Huzaifah menceritakan bahawa biasanya orang bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan. Namun, beliau
 bertanya kepada Rasulullah  tentang  kejahatan  kerana bimbang  akan terjerumus kedalamnya.


Huzaifah: "Wahai Rasulullah,dahulu kami berada dalam jahiliah dan kejahatan. Kemudian, Allah hantarkan kebaikan. Adakah selepas kebaikan ini akan ada kejahatan pula?"

Rasulullah: " Ya, ada!"

Huzaifah: "Apakah selepas kejahatan itu ada kebaikan?"

Rasulullah: "Ya, ada. Namun, ada dakhan padanya."

Huzaifah: "Apakah yang dimaksudkan dengan dakhan?"

Rasulullah: "Satu kaum yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Kamu
dapat mengenali mereka lalu kamu menolak mereka."

Huzaifah: "Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?"

Rasulullah: "Ya, ada iaitu penyeru yang berada di tepi jurang neraka. Sesiapa yang menyahut seruan mereka, maka akan dicampakkan ke dalam neraka!"

Huzaifah: "Wahai Rasulullah, apakah pesananmu sekiranya aku sempat hidup pada masa itu?"

Rasulullah: "Kamu hendaklah tetap bersama jemaah kaum Muslimin dan pemimpin mereka." 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber:SOLUSI Isu#54

Post a Comment

0 Comments