InshaAllah


Syeikh Abdullah bin Siddiq al-Ghumari ialah seorang ulama terkenal di Mesir. Buku-buku karangannya sangat banyak dan bermanfaat.

Pada satu ketika, beliau dan keluarganya berada di atas kapal dalam satu perjalanan pulang ke Iskandariah. Setelah empat hari perjalanan, kapten kapal memberitahu bahawa mereka akan tiba di Iskandariah keesokannya.

Syeikh Abdullah berkata: "Apabila mensyarahkan kitab al-Jurumiah seperti biasa, aku memberikan contoh perbahasan tentang zaraf zaman (Salah satu kata sendi dalam bahasa di hadapan kami mengirimkan isyarat Arab). Aku berkata: “Kita akan tiba meminta bantuan ke Iskandariah, di Iskandariah besok."

Abangku, al-Hafiz Abu al-Faid berkata: “Katakan: InsyaAllah." Aku bergurau: "Mengapa kita mesti mengucapkan kalimat itu?  Jarak antara kita dengan Iskandariah sudah sangat dekat. Bangunan-bangunannya telah kelihatan dari sini.

Pada malam harinya, terjadi ribut taufan. Ombak meninggi hingga hampir menterbalikkan kapal. Sebuah kapal di hadapan kami mengirimkan isyarat meminta bantuan ke Iskandariah, namun ia karam sebelum bantuan tersebut tiba.

Tidak lama kemudian Allah berlembut kepada kami. Taufan itu mereda. Maka kami tiba di Iskandariah pada pukul 12 tengah hari.

Kapten kapal memberitahu bahawa ia belum pernah melihat ribut taufan sedahsyat itu selama 35 tahun bekerja. Kami yakin kejadian itu ialah teguran Allah kepada kami.


Pengajaran

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Hanya Allah yang mengetahui perkara- perkara yang akan terjadi di masa hadapan. Manusia mesti menjaga adab sopan dengan Allah dalam setiap ucapan dan perbuatan.

Petikan : al-ustaz isu 12

Post a Comment

0 Comments