Jaga atau Tutup Aib Orang


Jaga atau Tutup Aib Orang

Allah menyukai hamba-Nya yang menyembunyi keaiban dosa orang lain. Sabda Rasulullah:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”

(HR Ibn Majah)


Menjaga ataupun menutup aib orang lain amat dituntut dalam Islam. Perbuatan membuka dan menyebarkan keaiban orang lain adalah perbuatan yang ditegah. 

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” 

(HR Imam Muslim )

Dalam hadis lain disebut, daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” 

(HR Imam al-Tirmidhi)

Ibnu Kathir menyebut, perkataan membawa ولا تل مروا maksud larangan mencela ataupun menghina orang lain dengan sewenang- wenangnya dan mengadu domba menceritakan keaiban orang lain. Semua perbuatan itu adalah celaan yang berbentuk ucapan dan dilarang oleh Allah s.w.t.

Orang yang mencela boleh membuka keaiban orang lain satu per satu tanpa disedarinya. Sebab itu, Allah swt. melarang keras perbuatan ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberikan perkhabaran gembira kepada sesiapa yang menjaga keaiban saudaranya.

Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.


Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. berkata: Islam adalah agama yang suci dan indah. Sebab itu, umat Islam dilarang berpelakuan dengan kelakuan yang bodoh dan keji.

Membuka keaiban orang akan menyebabkan seseorang itu berasa terhina dan mendapat malu. Akibatnya, persaudaraan Islam yang terbina sesama mereka sebelum ini akan musnah begitu sahaja. Pelbagai implikasi buruk boleh berlaku apabila seseorang itu merasa dirinya dimalukan. Pergaduhan boleh terjadi antara mereka. Jikalau ini berlaku, kesannya turut dirasar oleh masyarakat sekeliling oleh kerana perbuatan membuka keaiban orang adalah perbuatan yang kell, maka Allah swt. menjanjikan balasan buruk kepada mereka bermula di dunia ini lagi.

Oleh itu, peliharalah keaiban saudaramu. Sesungguhnya, perbuatan membuka keaiban orang lain adalah perbuatan yang keji dan mungkar.

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar.

Daripada Ibn Umar, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini pada waktu pagi dan petang yang bermaksud:

Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan harta bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir dari bawahku.” 

(HR Imam al-Bukhari)

Moga kita semua terhindar dari membuka-buka aib sesama manusia.

Allahu alam.

Sumber/kredit: hmetro, harakahdaily, buku #sound direct.

Post a Comment

0 Comments