Jalan Kaki- Riadah Untuk Kesihatan


Di samping baik untuk peredaran darah, berjalan kaki juga dapat menjadi terapi pengubatan. Nabi SAW sendiri bersenam dengan cara berjalan kaki.
Jalan kaki sering dianggap perkara remeh. Tetapi dari segi perubatan, jalan kaki merupakan senaman yang mengandungi banyak manfaat. Pelbagai penyakit dapat ditangani dengan terapi ini. Di samping itu, jalan kaki sangat baik untuk kesihatan dan kesegaran tubuh, lebih- lebih lagi jika ia dilakukan di pagi hari, iaitu sesudah solat Subuh. Faedahnya berlipat kali ganda. 

Hal ini sering dilakukan oleh Nabi SAW. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa ketika Nabi SAW pergi ke suatu tempat bersama Aisyah, Nabi melakukannya dengan berjalan kaki. Baginda melakukannya sebagai senaman. Bahkan, Nabi SAW dan Aisyah saling mendahului antara satu sama lain. Kadangkala Nabi di hadapan, kadangkala dibelakang. Ini bermaksud jalan kaki haruslah dilakukan dengan penuh semangat. 

Disamping penuh semangat, senaman jalan kaki perlulah relaks. Jangan sekali-kali melakukan senaman ini dengan tegang kerana hal itu tidak baik bagi tubuh. Senaman ini harus dilakukan dengan semangat, tapi santai. Nabi SAW sendiri melakukannya sambil berbual-bual dengan Aisyah. Kata Aisyah, "Nabi mendahuluiku, maka aku pun mendahuluinya. Begitulah sampai kaki ini terasa membebaniku. Setelah itu, Nabi mendahuluiku sambil berkata, "Ini dan itu." 

Sayangnya kini di zaman teknologi yang serba canggih, ramai orang yang enggan berjalan kaki. Masyarakat sekarang lebih suka menaiki kenderaan bila hendak ke tempat, walaupun tempat yang hendak dituju sangat dekat. Inilah budaya hidup yang tidak baik, kerana kaki harus sentiasa digerakkan. Dengan itu, otot-otot di kaki dan di tubuh tidak menegang, sehingga peredaran darah berjalan lancar.

Terapi Pengubatan

Jalan kaki telah dijadikan terapi pengubatan oleh Nabi Ayub. Ketika dia diuji oleh Allah dengan penyakit kulit yang sangat parah, maka ia menggerakkan kakinya sambil berjalan-jalan. Allah berfirman, "Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu" (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): di Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagile menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)." (Surah Shad, ayat 42).

Para doktor di Barat telah mengungkap rahsia ayat ini. Nabi Ayub telah berjaya mengubati penyakitnya dengan terapi berjalan kaki, kemudian mandi dan minum dengan air sejuk. 

Senaman jalan kaki juga ternyata dapat meningkatkan ghairah anggota tubuh dan melenturkan badan. Saringan dari darah putih dapat meningkat dan akan lebih efektif dalam setiap gerakan yang merupakan alat penapis dalam tubuh manusia. Jalan kaki juga dapat menghilangkan pelbagai virus, Peredaran darah putih sebagai penjaring dapat terus aktif sesuai dengan perubahan suhu panas tubuh, 

Senaman jalan kaki secara teratur memberikan manfaat yang sangat baik untuk fizikal dan kesihatan. Senaman ini memberikan kesenangan fizikal dan mental. Ia dapat memperkuatkan jantung, mempercepatkan sistem pencernaan, meningkatkan kapasiti bekerja, membantu membakar lemak, menambah selera makan, mengencangkan otot bahagian kaki dan belakang, serta membuat tidur lebih nyenyak. 

Jalan kaki merupakan senaman yang tidak memerlukan wang, tetapi manfaatnya sungguh luar biasa. Bahkan, senaman ini dapat meningkatkan kesihatan otak. Hal ini dibuktikan oleh para ahli perubatan di Universiti Ulm di Jerman. 

Mereka berpendapat bahawa jalan kaki mampu membuat otak menjadi lebih cekap dalam berfikir. Mereka melakukan kajian terhadap para penggemar jalan kaki selama beberapa minggu. Akhirnya mereka menyimpulkan bahawa ketika  kaki diinjakkan ke tanah, maka konsentrasi dan memori visual akan meningkat. 

Pengkaji lain menyebutkan bahawa senaman jalan kaki dapat membantu mencegah gejala stress atau tekanan. Bahkan, jalan kaki mampu mencegah kesan sampingan negatif seperti menopause dan kehamilan. 

Dr. Keith W. Johnsgard dalam buku The Execise Prescription for Depression and Axiety menulis bahawa peningkatan aliran darah akibat berjalan kaki dapat membuat orang lebih tenang dalam menghadapi tekanan dan dapat meregangkan otot-otot di tubuh. Di samping itu, sebuah kajian di Melpomene Institute menemui sebuah kesimpulan bahawa senaman jalan kaki dapat meningkatkan kepercayaan diri dan berfikiran positif. 

Akhirnya, orang yang menjadikan rutin berjalan kaki lebih produktif dalam bekerja dan berkreativiti. Kerana itulah berjalan kaki amat baik. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai gaya hidup. Sempatkan diri untuk berjalan kaki, minimum seribu langkah dalam sehari. 

Sumber: Hakiki

Post a Comment

0 Comments