KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW HARI JUMAAT


KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW

Maksudnya: "Sesungguhnya

"Allah SWT dan
para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

Antara kelebihan-kelebihan berselawat ialah:-

  1. Melaksanakan perintah Allah s.w.t
  2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat.
  4. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat.

  7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

  10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban.

  11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-sidq (jujur lagi benar).
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga.Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  18. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  19. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  20. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

  21. Tidak akan merasai fakir.
  22. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.
  23. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
  24. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.

  25. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha (lalai).
  26. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin”  di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber/kredit:FB katakataindahpenuhmakna, 
                           Tazkirah UEL.

Post a Comment

0 Comments