Madu Makanan Sunnah Yang Banyak Khasiat


Madu Makanan Sunnah Yang Banyak Khasiat

Madu mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita dan sudah digunakan dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Madu mengandungi bahan antibakteria dan antifungal, bahan ini digunakan oleh orang Mesir Purba dalam bidang perubatan

Khasiat madu sudah dibuktikan secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. Selain ianya manis, madu juga membekalkan anda dengan nutrisi yang penting untuk badan anda.

Madu merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah SAW telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)

Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah.”

Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah SAW tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk. Rasulullah SAW meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah SAW)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.

Berikut adalah 10 khasiat madu asli kepada kesihatan badan dan kulit wajah anda;

10 Khasiat Madu Asli Yang Menakjubkan

1. Meningkatkan Daya Ingatan

Madu mengandungi kadar antioksida yang tinggi yang mana boleh mengurangkan kerosakan sel di dalam otak. Satu kajuan yang dijalankan pada tahun 2011 membuktikan bahawa satu sudu madu boleh meningkatkan daya ingatan bagi perempuan yang putus haid. Kajian ini memberikan satu petunjuk kepada rawatan alternatif bagi orang yang lemah daya ingatan.

Setelah 4 bulan pengambilan madu sebanyak 20 gram setiap hari, prestasi daya ingatan wanita lebih baik berbanding dengan wanita yang mengambil pil hormon.

Madu boleh meningkatkan kebolehan badan dalam menyerap kalsuim, secara tidak langsung membantu kesihatan otak. Otak memerlukan kalsium dalam proses berfikir dan membuat keputusan.

2. Membekal Pelbagai Nutrisi

Madu boleh menjadi sumber nutrisi harian yang sempurna. Satu sudu teh madu mengandungi 17 gram karbohidrat.

Madu mengandungi fruktosa dan glukosa, iaitu sejenis gula yang boleh diserap masuk di dalam badan secara terus tanpa perlu diproses. Hal ini secara tidak langsung boleh membekalkan tenaga dengan cepat. Peningkatan kadar gula dalam darah boleh memberikan tenaga kepada badan, sangat sesuai untuk tugas-tugas berat ataupun besukan.

Ahli sukan pada zaman dahulu dipercayai mengambil madu dan buah ara untuk meningkatkan prestasi mereka.

3. Menghilangkan Batuk

Pengambilan madu semasa batuk sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Terbukti ianya berkesan. Cara-cara pengambilannya sangat mudah, anda hanya perlu mengambil dua sudu teh madu setiap hari, kekerapannya bergantung kepada tahap batuk anda. Kenapa dan bagaimana madu boleh merawat batuk? Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak, manakala rasanya yang manis dipercayaii boleh mengurangkan rasa ingin batuk. Selain batuk, madu juga berpotensi merawat penyakit berkaitan dengan tekak yang lain.

4. Membantu Anda Untuk Tidur

Madu boleh membantu anda untuk tidur. Seperti gula, madu boleh meningkatkan kadar insulin dan mengeluarkan serotonin. (satu jenis neurotransmitter yang boleh memperbaiki mood dan perasaan seseorang). Badan akan menukarkan serotonin tersebut kepada melatonin, sejenis bahan kimia yang boleh menggalakkan kualiti tidur seseorang.

5. Menghilangkan Kelemumur

Satu kajian pada tahun 2001 yang diterbitkan dalam Jurnal Medical Researh mendapati bahawa madu boleh menghilangkan masalah kelemumur.

Cara-caranya ialah :

  1. Sapu madu lebah yang cair pada permukaan kulit kepala. 
  2. Biarkan selama 3 jam. 
  3. Bilas dengan air bersih. 
  4. Amalkan setiap hari, anda akan mendapat kesan dalam masa seminggu.

Pada masa yang sama anda akan dapati bahawa rambut anda akan semakin sihat, kerana punca kepada masalah kepala anda sudah hilang. Madu mengandungi sifat antibakteria dan antifungal, ia boleh merawat seborrheic dermatitis dan kelemumur, yang sering kali dikaitkan dengan pertumbuhan fungus.

6. Khasiat Madu Merawat Luka Dan Kesan Terbakar

Selain memberikan kebaikan pada bahagian dalaman badan, madu juga boleh memberikan kebaikkan pada bahagian luaran badan manusia.

Madu boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kesan terbakar dengan membunuh bakteria seperti methicillin. Satu kajian pad atahun 2005 yang diterbitkan oleh British Jounal of Surgey mendapati bahawa luka dan ulser lebih cepat sembuh dengan menyapu madu pada permukaan luka itu.

Selain itu, madu juga boleh mengelakkan daripada berlakukan masalah gangguan gastrousus dalam badan.

Perkara ini sudah diamalkan oleh orang dahulu lagi (2,000 tahun dahulu) untuk merawat luka-luka dan beberapa masalah kulit yang lain.

7. Mencegah Kanser Dan Masalah Jantung

Madu mengandungi flavonoids, iaitu sejenis antioksida yang boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser dan masalah jantung. Kanser berlaku atas banyak sebab, salah satunya adalah kerana kandungan radikal bebas yang banyak di dalam badan.

Salah satu cara untuk melawan radikal bebeas adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi.

8. Khasiat Madu Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Walaupun madu mengandungi gula, ia bukanlah sama seperti gula biasa ataupun pemanis yang sering anda guna. Ia merupakan gabungan glukosa dan fruktosa yang mana boleh mengawal kadar gula dalam darah anda.

Oleh kerana ini, madu sesuai untuk diambil walaupun orang tersebut penghidap kencing manis (diabetes) dalam pengambilan yang terkawa.

9. Probiotik

Sesetengah madu mengandungi bakteria baik dengan kadar yang banyak. Ini termasuklah 6 jenis lactobacilli dan 4 jenis bifidobacteria. Probiotik dan Prebiotik merupakan bahan yang boleh membantu sistem penghadaman dengan membekalkan bakteria baik semasa pencernaan.

Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengambil madu sebelum ataupun selepas mengambil makanan berat untuk mengelakkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan.

 

10. Khasiat Madu Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Madu mengandungi antibakteria yang banyak, dan boleh membantu mencantikkan kulit muka (jika digunakan bersama-sama yang lain). Oleh kerana itu, sudah banyak produk-produk kecantikan sekarang mengambil khasiat di dalam madu untuk dijadikan salah satu bahan aktif dalam produk mereka.

Dan hasilnya sangat memberansangkan kepada pengguna, jika anda ingin berjimat, tidak mahu membeli produk kecantikkan yang mahal. Anda boleh jadikan madu sebagai mask muka. Caranya amatlah mudah, anda hanya perlu menyapu madu dipermukaan muka dan biarkannya untuk seketika. Kemudian bilas dengan air yang bersih.

Anda akan merasakan kulit anda semakin licin dan bersih. Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan bagi orang yang mengalami masalah jerawat.

 

Ingin Tahu Asli atau Tiruan

Kalau nak tahu madu asli katanya akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental. Seperti yang diketahui umum, madu mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga mudah untuk didapati di pasaran, namun banyak juga yang dijual itu tidak asli. Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga tips ini membantu...

 

1. Uji dengan air

Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air. Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

2. Melekit atau tak

Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu  pada hujung jari anda dan biarkan seketika. Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pada jari.

 3. Guna kertas

Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya. Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.

4. Semut suka

Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut. Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah  kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.

5. Tuang atas pasir

Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan 'merebak. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat. Madu tiruan pula akan merebak' kerana kandungan air di dalamnya.  Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan.  Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara- cara ini.

 

Selamat mencuba.

 

Kredit: mingguanwanita dan alraudhah.com

Post a Comment

0 Comments