Pahala Sedekah Orang Yang Memberi Minuman kepada Binatang ataupun Menggali Perigi



Allah berfirman:
Sesiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
(Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

1. Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Ketika seseorang berjalan di sebuah jalan, dia berasa panas yang terik. Dia menemui sebuah perigi, dia pun turun ke dalam perigi itu dan minum. Apabila dia keluar, ternyata ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan memakan tanah kerana haus. Orang itu berkata, 'Sesungguhnya, anjing ini berasa haus seperti yang aku rasakan.' Maka dia kembali turun di perigi itu, lalu memenuhkan kasutnya dengan air, kemudian membawa dengan mulutnya hingga dia dapat naik. Orang itu pun memberi minum kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampunkan dosanya." Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya dalam (berbuat baik) terhadap binatang ada pahala bagi kita?” Beliau menjawab, "(Sedekah) pada setiap hati yang lembut dan pahala."
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, dan Ibnu Hibban.

2. Mahmud bin Rabi' menceritakan Suraqah bin Ja'tham r.a berkata, "Wahai Rasulullah saw, seekor haiwan sesat ke kolam saya. Adakah saya diberikan pahala sekiranya saya memberinya minum?" Beliau menjawab, “Berilah minum, kerana sesungguhnya pada setiap yang memiliki hati, layak mendapat pahala."

3. Abdullah bin Amr r.a melaporkan, seseorang datang bertemu Rasulullah lalu berkata,
"Saya melepaskan (gayung) di kolam saya, sehingga tatkala saya sudah memenuhinya untuk unta saya, datang dekat saya unta orang lain. Saya pun memberinya minum. Adakah dalam perbuatan saya itu ada pahala?" Rasulullah saw menjawab, “Sedekah) pada setiap yang mempunyai hati, layak mendapatkan pahala."
(HR Ahmad dengan sanad sahih)

4. Anas r.a menceritakan seseorang datang bertemu Nabi Muhammad SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dan dia tidak berwasiat. Apakah akan berguna baginya seandainya saya bersedekah untuknya?” Beliau bersabda, “Ya, dan hendaknya kamu (bersedekah) air."
(HR Thabrani dan para perawinya thiqah)

5. Baihaqi meriwayatkan hadis dalam al-Syu'ab, sanad daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW Yang bersabda,
"Tidak Ada sedekah Yang paling besar pahalanya daripada (bersedekah) air.



6. Abu Hurairah r.a melaporkan, Rasulullah SAW berkata, "Sesungguhnya antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan dia temui setelah kematiannya adalah  ilmu yang diajarkan dan disebarkan olehnya, anak soleh yang dia tinggalkan, ataupun mushaf yang dia wariskan, ataupun masjid yang didirikan olehnya, rumah yang dibina untuk ibnu sabil, ataupun sungai yang dibuatkan saluran airnya, ataupun sedekah daripada hartanya ketika sihat dan semasa hidupnya. Itulah yang akan menemuinya setelah kematiannya.”

7. Al-Bazar meriwayatkan daripada hadis Anas r.a yang membacakan, 
"Ada tujuh perkara yang akan mengalir kepada seorang hamba selepas kematiannya ketika dia berada di dalam kuburnya. Sesiapa yang mengajar ilmu, atau menggali perigi, ataupun menanam pokok kurma, ataupun mendirikan masjid, ataupun mewariskan mushaf, ataupun meninggalkan seorang anak yang memintakan keampunan untuknya selepas kematiannya."

8. Sa'ad bin Ubadah berkata, 
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia. Sedekah yang bagaimanakah yang paling utama?" Beliau menjawab, “Air.” Lalu dia menggali perigi, kemudian dia berkata, "Perigi ini adalah milik ibu Sa'ad."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

9. Jabir melaporkan, Rasulullah SAW berkata,
"Sesiapa yang mengkali (perigi) air, airnya diminum oleh makhluk seperti jin, manusia, tidak juga burung, pasti Allah akan memberi ya pahala pada hari kiamat."
(Hadis ini diriawayat oleh Ibnu Hibban)


Semoga bermanfaat 
Sumber/Petikan: Amalan Meraih Pahala




Post a Comment

0 Comments