Pahala Solat Berjemaah


Pahala Solat Berjemaah

 

Solat ada wajib dan merupakan salah satu daripada rukun islam. Dalam menunaikan solat perkara yang lebih ditekankan adalah solat secara berjemaah. Anjuran solat berjemaah sangat dititikberatkan oleh Rasulullah SAW.


Ibnu Umar r.a melaporkan, Rasulullah SAW bersabda,

“Solat berjemaah lebih utama daripada solat seorang diri dengan (selisih) 27 darjat.”

(HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah r.a melaporkan, Rasulullah SAW bersabda,

“ Pahala solat seorang lelaki yang berjemaah dimasjid adalah 25 kali ganda darjatnya berbanding jika dia solat dirumahnya. Apabila dia berwuduk lalu membaguskan wuduknya, kemudian keluar menjuju ke masjid dan tidak ada alas an lain untuk dia keluar melainkan solat, pada setiap langkah kakinya ditinggikan satu darjat dan dihapuskan satu kesalahan daripada dirinya kerana solat tersebut. Kemudian apabila dia solat , para malaikat tidak berhenti-henti berselawat kepadanya selama dia berada di tempat solat.’Ya Allah, limpahkanlah solat kepadanya, Ya Allah kasihanilah dia’ Seseorang dikalangan kamu tidak berhenti-henti mendapat selawat selama dia menunggu waktu tiba solat.” Menurut riawayat lain, dicatat selawat para malaikat dengan, “Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah terimalah taubatnya, selama dia tidak menyakiti dan berhadas.”

(HR Bukhari & Muslim)

 

Ibnu Mas’u r.a melaporkan, Rasulullah SAW bersabda,

”Keutamaan solat bagi seorang lelaki dalam berjemaah berbanding solat yang dilakukan bersendirian adalah 27 darjat”

(HR Ahmad, al Bazzar, Abu Ya’la dan Ibnu Khuzaimah)

 

Ubay bin Ka’ab  r.a menceritakan

“Pada suatu hari Rasullah SAW solat subuh bersama-sama kami, lalu beliau berkata, ‘Adakah si fulan hadir?’ Mereka menjawab ‘Tidak’ Beliau bertanya ‘Adakah si fulan hadir?’ Meraka menjawab ‘Tidak’. Beliaupun berkata “ Sesungguhnya dua solat ini paling berat dirasakan oleh orang munafik. Sekiranya mereka tahu (keutamaan atau pahala) yang ada pada kedua-duanya pastilah kamu akan datang walaupun harus merangkak. Sesungguhnya saf pertama itu seperti saf malaikat, sekiranya kamu tahu keutamaannya  pastilah kamu akan berlumba-lumba mendapatkannya. Sesungguhnya solat (yang dilakukan) oleh seseorang dengan seseorang yang lebih suci daripada solat bersendirian, dan solat bersama-sama dua orang itu lebih suci daripada solat bersama sama satu orang.(Dan begitulah) setiap kali, bertambah banyak (orang) maka itu lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla”.

 

Antara kelebihan solat berjemaah

  •  Amalan yang dapat menghindarkan dari siksa api neraka sekaligus dapat menyelamatkan diri dari sifat munafik.
  • Shalat berjamaah mampu meningkatkan peluang diterimanya ibadah shalat, jika dibandingkan dengan shalat yang dilakukan secara sendiri.
  • Diampuni segala dosa oleh Allah SWT
  • Diberikan pahala yang berlipat ganda, yaitu orang yang mengerjakan shalat berjamaah mendapat pahala sebanyak 27 derajat.
  • Shalat berjamaah bisa menghilangkan perasaan ragu dan was-was.
  • Salah berjamaah bisa menjauhkan diri dari godaan setan yang bisa bersemayam dalam tubuh manusia.

Mari sama-sama kita amalkan solat berjemaah.

 

Allahu alam.

 

Kredit: Amalan-amalan meraih pahala, merdeka

Post a Comment

0 Comments