PERINGATAN UNTUK DIRI: KITA KHALIFAH DI DUNIA


Allah SWT yang Maha Pencipta mencantikkan kejadian manusia dengan menganugerahkan nikmat akal untuk membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal dan berpandukan ajaran Islam syumul manusia bertanggungjawab melaksanakan amanah sebagai khalifah di dunia ini. 

Namun, manusia sering terleka dalam menikmati kehidupan dunia. Ramai yang tertipu berasa masa dinikmati itu kekal miliknya. Terleka dengan kehidupan yang tiada kesudahan.

Rentetan pengakuan yang aku kongsikan ini membuat aku sangat kagum. Semoga nanti hidupku hanya untuk-Nya sahaja dan bukan untuk perkara lain dunia ini.

Tolong baca dengan teliti...

Orang bertanya kepada ku, Apakah tujuan hidup?

Dan aku menjawab:

Secara ringkasnya, hidup adalah persediaan menuju keabadian. Kita tidak diciptakan untuk kekal selama-lamanya di dunia, tetapi Allah mahu kita bersama-Nya di Syurga.

Suatu hari nanti degup jantungku akan terhenti dan itu akan menjadi penamat bagi jasadku. Tetapi ia bukan pengakhiran dari hidupku.

Aku mungkin hidup 60 hingga 100 tahun di dunia ini, tetapi aku akan menghabiskan lebih daripada trilion tahun dalam keabadian.

Kehidupan dunia hanyalah sekadar aksi pemanas badan sahaja. Allah mahu kita amalkan di dunia ini apa yang kita bakal lakukan nanti untuk selama-lamanya.

Kita diciptakan oleh Allah dan untuk Allah, dan hidup tidak akan bermakna sehinggalah kita berfikir seperti itu.

Kehidupan adalah satu siri masalah:

Sama ada kamu sekarang sedang berada di dalam nya, atau kamu baru sahaja keluar daripadanya, atau kamu sedang bersedia untuk menuju ke arahnya.

Sebabnya ialah Allah lebih mementingkan pekertimu daripada apa yang kau senangi; Allah lebih suka untuk mensucikan hidupmu daripada Dia membuat hidupmu bahagia.

Kita boleh secara munasabah merasa senang di dunia tetapi itu bukan matlamat kehidupan. Matlamatnya adalah untuk mencontohi akhlak dan kehidupan nabi s.a.w.

Tidak kira betapa baik perkara yang berlaku dalam hidupmu, akan sentiasa ada sesuatu yang buruk yang perlu kau tangani.

Dan tidak kira betapa buruknya perkara yang berlaku dalam hidup mu, akan sentiasa ada sesuatu yang indah yang boleh menjadikan mu bersyukur kepada Allah.

Kamu boleh fokus kepada tujuan mu, atau kamu boleh fokus pada masalah mu.

Jika kamu fokus pada masalah mu, kamu akan menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri, hanya memikirkan masalah dan kesedihanmu. Tetapi salah satu cara paling mudah untuk menghilangkan itu semua adalah dengan mengalihkan tumpuan mu daripada diri sendiri dan orang lain kepada Allah SWT.

Kita perlu bertanya kepada diri sendiri: Adakah aku hidup untuk mengejar harta benda? Populariti?

Adakah aku didorong oleh tekanan? rasa bersalah? kepahitan? kebendaan? adakah aku didorong oleh tujuan kerana Allah semata-mata dalam hidup ku?

Apabila aku bangun pada waktu pagi, aku duduk di sisi katil ku dan berkata, Allah, jika aku tidak melakukan apa-apa lagi hari ini, aku ingin lebih mengenali-Mu dan lebih mencintai-Mu

Allah tidak menciptakan ku di dunia hanya untuk memenuhi senarai tugasan. Dia mahu aku tahu siapa aku daripada apa yang aku lakukan.

Itulah sebabnya kita dipanggil manusia, bukan kerja manusia.


Jika kamu tidak kongsikan ini dengan yang lain, ia akan menjadi sia-sia.
Oleh itu, sampaikanlah ia kepada sahabat-sahabat kita yang lain ...
Sama seperti yang ku lakukan sekarang.
 ‎جزاك الله خيراً

Penulis : Tidak diketahui
Penterjemah : Mohd Amin T
Kredit: FB Ambotola Pelu

Post a Comment

0 Comments