Pisang Buah Syurga Banyak Khasiat


Pisang Buah Syurga Banyak Khasiat

Mungkin kita tertanya-tanya sebelum ini kenapa orang dulu suka sedekah buah pisang di masjid. Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga.

Mungkin tanpa kita sedar, pisang sebenarnya adalah makanan penghuni syurga. Dalam surah Al-Waqiah ayat 29 dinyatakan,
وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ
Ertinya :- Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya).

Dalam surah Al-Waqiah yang bermaksud Surah Hari Kiamat, ada di nyatakan bahawa akan terjadi hari Kiamat. Kejadian (kiamat) ini merendahkann satu golongan dan meninggikan satu golongan lain.

Golongan kanan sangat beruntung di mana mereka akan masuk syurga berbanding golongan kiri yang akan masuk neraka (ada dinyatakan di Padang Masyhar nanti kalau kita menerima kitab amalan di tangan kanan maka kita akan masuk syurga dan jika kita menerima kitab amalan di tangan kiri, maka nerakalah tempatnya).

Malah diceritakan betapa beruntungnya golongan kanan yang mana akan dilayan oleh bidadari dan percakapan mereka juga baik-baik.
Makanan mereka juga mewah tidak seperti di dunia ini.

Surah Al-Waqiah ayat 27- 33 menyatakan,

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”(Al-Waqiah : 27-33)

Nampak pisang, bayangkan hari kiamat. Nampak pisang, bayangkan syurga Allah. Nampak pisang, bayangkan buah apa pula yang ada dalam neraka. Jadi kalau mahu rasa makanan syurga, makanlah buah pisang mulai hari ini dan bayangkan makanan inilah kita akan makan di syurga Allah kelak. Dari sudut saintifiknya pula, buah pisang adalah antara buah yang paling berkhasiat. Dikatakan buah pisang ini dapat mencegah angin ahmar atau “stroke” jika diamalkan memakannya. Pisang sangat baik dimakan. Bukan saja sebagai pencuci mulut malah ia baik untuk pencernaan makanan selain membantu untuk mendapatkan kecantikan secara semulajadi.

Buah pisang kaya dengan kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium di mana pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi.
Sebiji pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Malah didapati dengan hanya pengambilan dua biji pisang sahaja, atlet akan mendapat energi dengan segera. Bukan saja dapat memberikan tenaga tapi juga tubuh tetap fit.

Berikut adalah antara khasiat buah pisang terhadap kesihatan:-

1. Menurunkan tekanan darah

Oleh kerana buah pisang mengandungi kandungan kalium yang tinggi, ianya mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kalium merupakan mineral yang akan menyebabkan saluran darah untuk mengembang lalu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kandungan natrium di dalam buah pisang juga sangat rendah dan sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit hipertensi.

2. Mengatasi masalah sembelit

Tahukah anda bahawa buah pisang mampu untuk mencegah masalah sembelit ataupun kesukaran untuk membuang air besar. Hal ini kerana kandungan serat yang tidak terlarut yang terdapat di dalamnya seperti cellulose, hemicellulose dan alpha-glucans. Serat tidak terlarut adalah serat yang tidak akan tercerna oleh badan lalu akan menyumbang kepada penambahan isipadu najis lalu mencegah sembelit.

3. Memberi tenaga dengan segera

Buah pisang mengandungi jumlah tenaga dan karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat merupakan makronutrisi yang berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pengambilannya sebelum bersenam mampu untuk membekalkan tenaga semasa aktiviti bersenam.

4. Mencegah masalah kolesterol

Buah pisang mengandungi phytosterols, sejenis sterol yang terdapat pada tumbuhan. Sterol tumbuhan terbukti untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Antara jenis phytosterols yang terdapat pada buah pisang ialah stigmasterol dan campesterol.

5. Mengurangkan cirit-birit

Kejadian cirit-birit sering terjadi keatas pesakit yang mengamalkan pemakanan melalui tiub makan (feeding tube). Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas pesakit kritikal yang menerima pemakanan melalui cara enteral dan mengalami cirit-birit, didapati bahawa pengambilan serbuk pisang kering (banana flakes) bersama rawatan perubatan mengurangkan kejadian cirit-birit di dalam kalangan pesakit tersebut.

6. Mencegah ulser di dalam perut

Buah pisang mengandungi komponen leucocyanidin di mana ianya mampu untuk mencegah ulser. Komponen ini meransang penghasilan mucus di dinding perut lalu menghalang hakisan di kawasan perut yang disebabkan oleh asid.

7. Meningkatkan sistem imuniti

Jika dilihat semula jadual mikronutrisi di atas, setiap 100 g pisang mengandungi lebih kurang 17 mg vitamin C. Ini merupakan satu jumlah yang tinggi dan mampu untuk memenuhi hampir 25% keperluan vitamin C seharian kita. Vitamin C merupakan salah satu komponen yang bersifat anti oksida dan mampu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

8. Memperbaiki mood

Pernahkah anda dengar bahawa dengan memakan pisang boleh membuatkan kita gembira? Ya, benar kerana pisang mengandungi tryptophan. Badan Jinakan menukarkan tryptophan kepada hormone serotonin. Serotonin bertindak untuk memperbaiki mood dan membuatkan kita merasa senang dan gembira.

9. Mencegah anemia

Anemia adalah penyakit di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup. Hal ini terjadi kerana kekurangan zat besi yang bertanggungjawab dalam penghasilan sel darah merah. Pesakit akan sering mengalami keletihan kerana kekurangan sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke sel badan untuk penghasilan tenaga. Pisang merupakan buah yang terkenal dengan kandungan zat besinya yang terbukti mencegah anemia.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai khasiat buah pisang terhadap kesihatan.Namun pengambilannya haruslah bersederhana terutamanya bagi penghidap kencing manis kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi.


Semoga bermanfaat..

Wallahu'alam.

Sumber/Kredit: kashoogra.com, FB Kisah Teladan Islamik, rootofscience.com


Post a Comment

0 Comments