3 Jenis Sabar Dalam Islam

 

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

3 Macam Kesabaran

Manusia dalam kewajiban mengabdikan diri kepada Allah, dituntut untuk istiqamah dan juga dituntut untuk bersabar. Melakukan perintah Allah perlu sabar. Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah, perlu sabar. Menghadapi musibah yang ditentukan oleh Allah juga memerlukan kesabaran.

Kesabaran ada 3 macam,

1. Sabar dalam taat

2. Sabar dalam meninggalkan maksiat

3. Sabar berhadapan dengan dugaan

Sabar dalam taat

Ketaatan dirasa berat oleh jiwa & fizikal seseorang sehingga dia merasa kesulitan menjalankannya. Di sisi lain, ketaatan terkadang memerlukan modal duit seperti zakat, infak, haji dan semisalnya maka menjalankan ketaatan-ketaatan ini menjadi beban bagi jiwa manusia. Kerana tabiat dasar manusia itu sayang terhadap harta yang telah diusahakannya. Kerananya seseorang dalam menjalankan ketaatan ia harus mampu melawan apa-apa yang tidak disukai jiwannya, ia harus mampu mengalahkan kecenderungan jiwanya yang ingin bermalas-malas, tidak mau ada beban, dan ingin menikmati kesenangan-kesenangan.

Ringkasnya, dalam menjalankan ketaatan terdapat sesuatu yang berat atas jiwa dan fizikal kita. Oleh itu menjalankannya memerlukan kesabaran dan ketekunan. Siapa yang mampu bersabar, atas ketaatan ini dan ditmabah dengan dua macam kesabaran lainnya di atas maka ia akan mendapatkan keberuntungan hidup.


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS. Ali Imran: 200).

Sabar dalam meninggalkan maksiat 

Dalam keadaan tertentu, untuk melakukan kebaikan jauh lebih mudah daripada meninggalkan kejahatan. Kejahatan sukar untuk di tinggalkan atas dorongan hawa nafsu yang terdapat dalam diri seseorang individu. Lumrahnya, kejahatan atau maksiat akan memberi rasa manis, kelihatan lazat, sedap serta mudah.

Melihat pada tamsilan gula. Gula itu manis, tapi buat penghidap diabetis gula akan membuat kesihatan mereka terus terhakis. Makanan berlemak itu enak, namun pada yang berpenyakit jantung ia langsung tidak memberi untung. Begitu juga dengan maksiat. Ia kelihatan indah dan mudah. Mengambil percontohan maksiat riba, zina, rasuah, mendedahkan aurat dan sebagainya. Lazatnya riba kala menawarkan keuntungan berganda. Pada penzina, ia adalah seks yang bebas daripada sebarang ikatan dan tanpa perlu tanggungjawab yang membebankan untuk ditanggungg apatah lagi menjawab di dunia ini. Rasuah pula menjanjikan wang tanpa susah payah. Hanya perlu kepada pengaruh, sogokan, ancaman dan sebagainya. Bagi bab mendedahkan aurat, keindahannya tidak langsung memberi kesan kesal yang berat pada hati si pelaku. Padanya, dengan mendedahkan aurat akan meningkatkan keyakinan diri, lebih semasa dan jauh daripada kekolotan serta merasakan diri berharga. Itulah yang berlaku apabila nafsu menguasai diri dengan meletakkan sesuatu yang haram dalam hiasan indah tafsiran fikiran tanpa berlapikkan iman.

Sungguh, sabar itu adalah menahan kehendak nafsu yang cenderung kepada kejahatan. Kejahatan selalunya tampak indah kerana syaitan menghias setiap maksiat dan kejahatan agar manusia tertarik dan tergoda dengan syurga dunia yang akhirnya terlepas daripada mendapat syurga di akhirat. Syaitan selalu mengoda manusia dengan gaya hidup mewah yang berlebih-lebihan. Lebih malang lagi, gaya hidup orang-orang mewah berlebihan itu di jadikan standart dan dikejar oleh kebanyakan manusia.

Itu antara cara syaitan melengah-lengahkan diri untuk menginsafi kejahatan dan menghindari manusia daripada terus duduk dalam ketaatan. Selain itu, pendekatan syaitan juga tidak drastic dalam tujuan menarik manusia kepada kejahatan. Syaitan akan menarik perlahan-lahan dari zon putih (kebaikan) kepada zon hitam (kejahatan) melalui satu lorong perantara yang di namakan ‘gray line’. Sebab itu ketika menyampaiakan Khutbah Wida’ iaitu khutbah terakhir di bumi Arafah, Rasulullah SAW berpesan, “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

Kejahatan itu nampak manis dan seronok tetapi apabila di lakukan pasti akan meninggalkan pahit yang meresahkan sehingga membawa kepada penyesalan. Jika kejahatan itu di tinggalkan akan membekaskan manis dan ketenangan. Justeru, sabar dalam menangkis tipu daya syaitan. Perlu sabar dalam bersabar meninggalkan kejahatan kerana kita bukan sekadar berlawan dengan perbuatan jahat tetapi lebih daripada itu kita sedang berperang dengan syaitan. Maka, berpeganglah pada ayat Allah bahawa tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya sepertimana firmanNya, “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah al-Hadid, ayat 20).

Sabar berhadapan dengan dugaan

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Sebagai manusia yang bergelar hamba, pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan atau dosa. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita semua supaya sentiasa bersabar, berusaha mengubati penyakit dan bertawakal selepas segala ikhtiar dilaksanakan.

Setiap kepayahan pasti diiringkan dengan kemudahan seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6 yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Allah mengajarkan hamba-Nya tatacara menangani musibah seperti mana dinyatakan dalam al-Quran bermaksud: “(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah: ayat 156)

Dalam ayat al-Quran itu, Allah SWT menggunakan perkataan ‘musibah’ bagi menggambarkan ia boleh jadi ditimpakan kepada orang beriman, namun perkara yang lebih penting ialah untuk mereka kembali mengingati Allah.

Ummu Salamah berkata, beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda yang menganjurkan doa bagi mereka yang ditimpa musibah.

Rasulullah menggunakan perkataan ‘musibah’ dalam doa itu yang mafhumnya: “Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam suasana yang kita sama-sama merasainya sekarang, kita tidak boleh saling bersandiwara dengan mempamerkan sikap buruk yang lebih terarah kepada gaya penentangan terhadap apa jua peraturan ditetapkan.

Lebih daripada itu, sangat kita kesali kerana masih terdapat segelintir yang memandang ringan setiap peraturan yang diwujudkan yang bermatlamat untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Sumber/Kredit: Ikimfm, Metro, elewschannel

Post a Comment

0 Comments