Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut pada 3 November 2021. DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 6 Jun lalu. Namun ianya ditangguhkan berikutan pengisytiharan proklamasi darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong. Disebabkan wabak covid-19 yang masih membimbangkan.
Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 menetapkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi darurat dibatalkan atau diungkaikan.
Berikutan pembatalan ini, PRN Sarawak dijangka akan diadakan pada bila-bila masa dan tidak lewat daripada tempoh 60hari dari tarikh pembubaran. Untuk rekod Sarawak mempunyai 82 kawasan Dewan Undangan Negeri. Terkini Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 71kerusi, Bersatu 1 Dan Pakatan Harapan 10. Dengan perkembanhan politik terkini, GPS dijangka tidak menghadapi masalah untuk terus kekal memerintah Sarawak.
0 Comments