Si Pemuda & Selipar Buruk

Kereta kancil dihadapan kereta ku berhenti. Kelihatan seorang pemuda yg memandu kancil memanggil seorang tua ditepi jalan sedang membetulkan seliparnya yang rosak .beberapa saat pemuda itu berbual sesuatu dengan orang tua tersebut seperti mengajak orang tua itu masuk ke keretanya.

Tiba-tiba hon kereta dibelakangku berbunyi Sabar...aku hanya tersenyum memikirkan gelagat pemandu kereta dibelakangku. Kerana tidak mahu kereta dibelakang terus membunyikan hon tersebut,orang tua itu terus menerima ajakan pemuda itu. Hati kecil berdoa agar Allah merahmati pemuda tersebut atas amal kebajikan yang telah beliau lakukan.

Hati berkata lagi, kalau aku didepan pemuda tadi apakah aku akan berbuat kebajikan seperti dia???? Atau jika aku di belakang pemandu yang bunyikan hon.Mungkinkah aku juga ajan bunyikan hon seperti pemandu tadi.????

Post a Comment

0 Comments