Surah Al Waqiah mempunyai banyak
kelebihan,
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah
surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah
kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa
kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqiah adalah surah kekayaan,
maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Tidak dinafikan
terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam
al-Quran dan salah satunya adalah surah Al-Waqiah.
Bagi sesiapun membaca surah Al
Waqiah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari,
InsyaAllah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai
rezeki.
Surah Al-Waqiah
merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan
memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan seluruh manusia sejagat.
Bagi anda yang sering
merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak
lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut anda tahu.
InsyaAllah dengan
mengamalkan surah Al-Waqiah ini, kehidupan kita menjadi lebih baik dari
sebelumnya.
Mari kita renungi
sedikit sebanyak kelebihan surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita.
Antaranya adalah seperti :
1. Beroleh pelbagai kesenangan
Khasiat surah
Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan
rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda
akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya. Apabila anda kerap
kali membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati
akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.Rezeki dalam pelbagai
bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa anda sedari.
Ramai yang tidak
menyedari bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah
rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah
kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki anda.
2. Dijauhkan dari kemiskinan
Apabila seorang muslim
itu mula mengamalkan surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam,
secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Rasulullah juga pernah
bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap
malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya. Tahukah anda,
Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri
mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca surah
Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa
lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
3. Dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah
Dengan mengamalkan
surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar,
InsyaAllah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang
dalam pelbagai bentuk. Walaupun begitu, jika
seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping
wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati
iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaAllah dengan sendirinya kekayaan
duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.
4. Ditunaikan segala hajatnya
Sesetengah orang
berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan
surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya
akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Sebahagian ulamak pula
berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari
dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah
akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan
mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.
5. Menjadi seorang yang lebih bersyukur
Percaya tak, sekiranya
anda sering mengamalkan membaca surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian,
secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa.
Untuk terus menjadi
seseorang yang sentiasa bersyukur, anda harus mempraktikkan surah Al-Waqiah
untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah
dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga.
Amalkan membacanya
sebanyak tiga kali selepas solat Subuh dan tiga kali selepas solat Isyak,
InsyaAllah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek
berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati
bahawa selalu memberi serta bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan
atau suatu pembaziran.
6. Menjauhkan diri dari sifat riak dan bongkak
Kelebihan membaca
surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi
bongkak dan riak. Kita akan dilimpahkan
rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, kita juga akan dapat
menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau
kesenangan dunia.
Apabila tiada sifat
riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia
menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
Mereka sedikit pun
tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi
amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.
7. Menjadikan raut wajah lebih berseri-seri
Berwuduk dan solat
sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan
mengamalkan surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura
wajah seseorang.
Selain mengamalkan
bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah surah
Al-Fatihah sekali dengan surah Qursi dan juga surah Al-Waqiah bermula dari ayat
35 hingga 38 sebanyak tujuh kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air
tersebut.
Dalam hati, berniatlah
untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, InsyaAllah raut
wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.
8. Menjadi mukmin yang sejati, lebih sufi dan lebih
mendekatkan diri kepada Allah
Untuk menjadi yang
lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, surah Al-Waqiah juga
menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad
untuk lebih konsisten.
Petua Syeikh Abi’l
Abbas, untuk surah Al-Waqiah, terlebih dahulu anda perlu berpuasa selama tujuh
hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa
hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.
Dalam 7 hari itu,
setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 25
kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaitu pada malam Jumaat, bacalah
surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak
1000 kali.
Dengan melaksanakan
amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung anda dapat mendekatkan
diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan anda mukmin yang lebih sejati dan
bersifat sufi. Anda boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan
diri kepada Allah Swt.
9. Permudahkan orang sakit atau bersalin
Surah Al-Waqiah ini
juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak.
Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya
dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak
dan lebih menderita.
Apabila surah ini dibaca
kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya.
Boleh juga diamalkan
dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih
cepat dan dipermudahkan. Itulah dia kelebihan
surah Al-Waqiah menjemput rezeki dan memudahkan urusan.
Jelaslah bahawa surah
Al-Waqiah mempunyai pelbagai khasiat dan fadhilat yang ramai tidak tahu. Jika ada masa, bukalah
al-Quran dan hayatilah maksudnya. Jika anda baca dari
hati, perasaan sayu pasti timbul selain dapat mendekatkan diri kita dengan
Allah SWT. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita dan memudahkan
urusan kita.
Akhir kata, jom sama-sama kita
amalkan baca surah Al-Waqiah setiap hari. Insya-Allah rezeki yang Allah akan
beri pada kita tak pernah berhenti.
Kredit : karteldakwah.com,
sinarplus
0 Comments