Syukur Itu Bahagia , Alhamdullilah

π—¦π—¬π—¨π—žπ—¨π—₯ π—œπ—§π—¨ π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”, ALHAMDULLILAH


Tengahari sempat pergi ke ATM Bank Rakyat untuk keluarkan sedikit wang. Masuk ke ruangan mesin ATM melihat seorang Ibu lingkungan 70an sedang memerhati dengan tekun orang yang sedang mengeluarkan wang di mesin ATM bersebelahan.Dalam hati mesti dia juga ingin keluarkan wang. Kini tiba giliran saya, dia pula mula perhatian saya. Saya teruskan saja buat urusan tanpa mempelawa ibu tadi untuk buat urusan terlebih dahulu. Setelah saya selesai buat urusan pengeluaran wang ,tetiba terdengar suara ibu mohon pertolongan. "Nak boleh tolong check kan duit macik. Anak masukan dulu ,nanti macik bagi nombor".sambil menghulurkan kad ATM. Saya terus ambil kad dan masukkan ke mesin..sepertinya dia amat-amat berharap agar ada baki wang dalam akaun nya yang boleh dia gunakan.

Melihat saya sudah berhenti menekan sesuatu diskrin mesin. Dia terus bertanya padahal belum keluar lagi baki akaun yang dipaparkan. Sekejap macik.. seketika akhirnya skrin mesin memaparkan baki yang ada diakaun..Lalu saya maklumkan ada RM??? serentak dengan itu mulutnya tak henti-henti melafazkan kata alhamdullilah,syukur nak. Alhamdullilah syukur.. Alhamdullilah syukur..Kebahagiaan jelas terpancar dari raut wajah ibu tersebut. Terkesima seketika dengan hanya jumlah baki sebegitu??? . Tapi ucap syukurnya Masya Allah.." Alhamdullilah, syukur nak..dapatkah tu kalau makcik keluarkan RM100" sambil menunggu jawapan saya dengan penuh pengharapan. "insha'Allah makcik" Jawab saya spontan. Mulut ibu tadi terus kumat-kamit melafazkan khalimah Alhamdullilah.. Alhamdullilah..Alhamdulillah.. Kerdil rasanya diri ini berdiri bersebelahan dengan si ibu yang mulutnya tak putus-putus mengucap rasa syukur walau hanya memiliki pemberian sebegitu.Tahu pengharapan yang tinggi dengan lafaz rasa syukur yang amat mendalam. Lalu saya hulurkan wang yang dia minta keluarkan berserta sebahagian wang yang baru saya keluarkan.Spontan ibu tu berkata" tak payah nak, ini duit makcik..Cukuplah" ada juga duit makcik"sambil cuba menolak rezeki yang saya cuba kongsikan.Tapi saya terus berlalu pergi sebab tak mahu ibu tersebut kembalikan rezeki yang telah Allah tulis untuknya bagi hamba- hambaNya yang tetap SYUKUR..

#Syukuritubahagia

#Sabarituindah

#copynpasteandaibahagiabolehdibeli

Post a Comment

0 Comments