Zikir Harian Isnin Hingga Ahad Amalan Imam Al-Ghazali

Zikir Harian adalah satu amalan yang amat digalakkan dalam Islam yang mana zikir yang mudah itu bermaksud ingat atau sebut. Terlalu banyak kelebihan dan manfaat yang boleh didapati jika diamalkan kerana selain solat dan bersedekah, amalan zikir harian juga antara satu ibadah kita terhadap Allah SWT.

Sekali peristiwa pernah seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Engkau telah mengajarku banyak dari hukum-hukum Islam Kini perintahkanlah aku untuk membuat sesuatu yang boleh aku bergantung kepadanya. Jawab baginda SAW, "Biasakan lidahmu dengan berzikir kepada Allah."

Zikir harian susunan Imam Ghazali r.a adalah antara rangkaian zikir yang disyorkan oleh ramai ustaz untuk kita ikut mengamalkannya. Ia disusun mengikut hari, contoh hari ini hari Rabu, kita perbanyakkanlah mengucap istighfar iaitu... Astaghfirullah hal adzim.. Kata ustaz, zikirlah sekurang-kurangnya 100x atau sebanyak-banyaknya 1000x sehari.


Zikir Hari Isnin.


La Hawla Wala Quwwata Illa B
illahil 'Aliyyil 'Azim.

Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Mu, Ya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

(Wirid ini hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Isnin).
Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya. 
(kredit: gambar hambaliabdullah.blogspot)

Zikir Hari Selasa.


Allahumma Salli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Ali Muhammad.
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

(Wirid ini, hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Selasa).
Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak2 Rasulullah SAW ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.

Zikir Hari Rabu.

Astaghfirullahalazim
Aku memohon keampunan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Agung.

(Wirid ini, hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Rabu).
Setiap kali dibaca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan ke atas hambaNya.

Zikir Hari Khamis.

Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subhanallahil 'Azim.
Maha Suci Allah dan Segala Pujian Bagi Nya,
Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

(Wirid ini, hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Khamis).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mengucapkan Subhanallah Wabihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.”
(Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi).

Zikir Hari Jumaat.

Ya Allah.
Wahai Allah.

(Wirid ini, hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Jumaat).
Memberi ketenangan hati bagi mereka yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah......

Zikir Hari Sabtu.

La Ilaha Illallah.
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

(Wirid ini, hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Sabtu).
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.

Zikir Hari Ahad.

Ya Hayyu Ya Qayyum.
Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri.
(Wirid ini hendaklah dibaca sekurang2nya 1,000 kali pada setiap Hari Ahad).

Selamat Beramal...Aamiin

Post a Comment

0 Comments