KAMU TIDAK AKAN MENDAPAT KEBAIKAN SEBELUM KAMU DERMAKAN APA YANG KAMU CINTAI


KAMU TIDAK AKAN MENDAPAT KEBAIKAN SEBELUM KAMU DERMAKAN APA YANG KAMU CINTAI

Nafi' budak Ibnu Umar r.a. berkata, “Apa pun harta yang paling menarik di hati Ibnu Umar melainkan harta tersebut akan didermakan oleh beliau!'

Suatu ketika beliau sedang berjalan mengendarai untanya. Tiba-tiba terlintas di hati beliau perasaan takjub terhadap unta itu. Beliau pun berhenti dan berkata kepadaku, “Turunkan barang bekalan kita daripada unta ini, kemudian sedekahkanlah unta ini."

Pada lain kesempatan, Ibnu Umar menjanjikan kebebasan kepada salah seorang hambanya jika ia mampu membayar empat puluh ribu dirham untuk menebus dirinya. Perjanjian itu ditulis beliau di atas selembar kertas. Hamba itupun pergi ke kota Kufah untuk bekerja agar dapat mengumpulkan harta yang diminta oleh Ibnu Umar tetapi hamba itu hanya berhasil mengumpulkan lima ribu saja.

Pada mata orang ramai, Ibnu Umar terkenal sebagai seorang yang mulia, suka bersedekah dan tidak pernah mengumpul-ngumpul harta. 

Akhirnya, seorang daripada mereka menemui hamba tadi di Kufah. Orang tersebut berkata kepada hamba itu, "Adakah kamu gila? Kami di sini menyeksa dirimu dengan bekerja keras, sementara itu Ibnu Umar seringkali membeli hamba lalu beliau merdekakan begitu saja. Pulanglah dan katakan kepada beliau, "Aku tidak sanggup membayar wang tebusan sebagaimana yang engkau buat dalam surat perjanjian itu."

Akhirnya hamba itu pun pulang dan menemui Ibnu Umar. Hamba itu berkata, "Wahai Abu Abdurrahman (sebutan lain untuk Ibnu Umar), aku tidak mampu memenuhi janjiku untuk menebus diriku. Ini surat perjanjian yang telah kamu tulis untukku, harap kamu menghapus atau mengoyaknya."

Ibnu Umar berkata, "Tidak wahai hamba, kalau kamu mahu maka kamu sendiri yang menghapus isinya.” Kemudian budak itu menghapus isi perjanjian tersebut. Ibnu Umar menangis lalu beliau berkata, “Wahai hambaku, sekarang kamu merdeka kerana Allah SWT.”

Hamba itu pun mendoakan agar Allah SWT memberikan kebaikan untuk beliau. Kemudian dengan nada meminta belas kasihan ia berkata, “Bagaimanakah dengan kedua-dua anakku?" Ibnu Umar menjawab, “Mereka berdua juga aku bebaskan!" 

Hamba itu berdoa lagi agar Allah SWT memberikan kebaikan kepada Ibnu Umar, kemudian ia berkata, “Bagaimanakah dengan isteri dan ibuku?"
Ibnu Umar menjawab, “Mereka semua aku bebaskan."

Sumber/Kredit: Petikan Kisah Keramat Para Wali

Post a Comment

0 Comments