Lapangkan Dada Anda Dengan Ber'uzlah


Lapangkan Dada Anda Dengan Ber'uzlah

Mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunnah Rasul adalah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak waktu kosongnya, orang-orang yang lalai, dan orang- orang yang senang membuat huru-hara. Dengan begitu, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih, dan anda akan merasa leluasa dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.

Mengasingkan diri ('uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan
merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli pengubatan hati. Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Di antaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam aqal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dengan kaedah 'takut kepada Allah",dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan zikir.

Betapapun, perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut dikunjungi adalah yang digunakan untuk menjalankan solat berjama'ah, menuntut dan mengajarkan ilmu, atau untuk saling membantu dalam kebaikan. Maka dari itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula berguna!

Jaga kesucian kulit anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda! Semoga, dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Sebabnya, melakukan hal itu bererti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar bohong, peramal bencana dan petaka. Dan itu, akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benar mati. Maka .....

"....jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka..." 
(At-Taubah: 47)

Atas dasar itu, harapan saya satu-satunya adalah supaya anda menjalani apa pun keadaan
anda, tetap menyendiri di bilik”anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbuat baik saja. Pada saat seperti itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari menggunjing (ghibah), hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauh dari ucapan kotor, dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.

Siapa pun yang selalu mencuba pasti akan mendapat pengetahuan. Siapa pun yang membiarkan jiwanya bersama keragu-raguan dan bercampur-gaul bersama orang awam, maka katakanlah; "Alaihissalam!"(Semoga dia mendapat keselamatan).

Sumber/kredit: Petikan Buku Jangan Bersedih

Post a Comment

0 Comments