Yoga Dan Meditasi Bukan Banding an Solat


Yoga Dan Meditasi Bukan Banding an Solat

Solat adalah ibadat yang disyariatkan melalui nas ini, dimulai dengan takbir dan berakhir dengan salam. Ianya telah ditentukan rupa, bentuk serta waktu-waktu, syarat-syarat, masa dan tempatnya. Semuanya secara prinsip adalah ta'abbud (pengabdian) atau mematuhi perintah Allah dan kita tidak dituntut untuk mencari-cari hikmat dan rahsianya sekalipun kita meyakini bahawa setiap perkara yang disyariatkan mempunyai hikmat-hikmat tertentu yang hanya diketahui oleh Allah. Manusia hanya dijelaskan sebahagian darinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat adalah suatu kelebihan kerana ia boleh meningkatkan lagi keyakinan kita dan boleh dijadikan suatu hujah serta rangsangan yang kukuh dan berkesan. Apatah lagi dengan tabiat semulajadi kita sebagai manusia, apabila melakukan sesuatu, manusia menginginkan sesuatu manfaat yang boleh dicapai dalam jangka pendek sekalipun kita meyakini bahawa akan ada ganjarannya di hari akhirat kelak.

Solat adalah sistem kehidupan dan metod tarbiyah serta pendidikan yang lengkap. Ia merangkumi jasad, akal dan sanubari. Jasad dibersihkan dan diaktifkan, akal diajarkan dan disalurkan pengetahuan sementara hati dibersihkan dan disucikan.

Ada dakwaan dangkal yang cuba menyamakan ibadat solat dengan amalan yoga atau meditasi kerana kononnya terdapat elemen pergerakan badan dan kekhusyukkan yang menghasilkan ketenangan semasa melakukan rutin yoga dan meditasi, sama sebagaimana solat. Tentu sekali kita menyangkal semua ini dengan hujah berikut:

Yang pertama, solat adalah ibadat yang ditunaikan dengan perintah istimewa dari Allah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasul Ulul Azmi, Muhammad s.a.w. Sementara yoga atau meditasi adalah amalan rekaan manusia. Masakan perintah dari Khaliq nak disamakan dengan rekaan makhluk?

Yang kedua, solat dikerjakan dengan susunan masa dan disiplin waktu yang diatur oleh Allah. Solat adalah ibadat harian yang menjadikan seorang Muslim sentiasa berada dalam temu janji dengan Allah. Setiap kali dia tenggelam di dalam hiruk-pikuk kehidupan maka solat pun datang lalu dia bergegas menyambutnya. Setiap kali dia lupakan Allah lantaran kesibukan dunia, maka solat pun datang untuk menyucikannya. Sebaliknya bagi yoga atau meditasi, bila masanya kamu rasa nak beryoga dan bermeditasi, maka silakan. Tiada waktu khusus yang wajib diikuti.

Yang ketiga, Untuk ibadat solat diterima Allah, kita mestilah memiliki jiwa yang bersih dari syirik. Solat adalah garis perbezaan pertama antara Islam dan Kufur serta antara orang beriman dengan orang kafir. Dengan makna, solat tanpa keimanan adalah kosong. Yoga dan meditasi adalah amalan sesiapa sahaja tanpa ada syarat keimanan.

Yang keempat, untuk mengerjakan solat, antara syarat sah adalah suci dari hadas besar dan wajib berwudu?
Apakah syarat ini wujud semasa melakukan senaman yoga atau meditasi?

Yang kelima, hamba Allah yang beriman perlu menutup aurat ketika bersolat. Pakaian yang menutup aurat itu pula disyaratkan bersih dan suci dari sebarang najis. Sebaliknya kamu boleh beryoga dan bermeditasi walaupun hanya sekadar memakai pakaian dalam sahaja.

Yang keenam, bersolat adalah secara berjamaah. Hukumnya adalah fardhu kifayah mengikut kebanyakkan ulama muktabar ataupun fardhu 'ain mengikut Imam Ahmad. Tentunya kewajipan berjamaah tiada dalam yoga dan meditasi.

Yang ketujuh, antara perintah istimewa ketika bersolat yang melambangkan kesatuan hati dan penyatuan ummat, walau di mana seorang Muslim itu berada, penghadapan kita semasa solat adalah ke arah Kaabah Baitullah.

Yang kelapan, solat di dalam Islam juga berbeza
dengan wujudnya azan. Seruan rabbani ini dilakukan dengan meninggikan suara sebanyak lima kali sehari semalam sebagai tanda masuknya waktu solat sambil mengisytiharkan pegangan aqidah seorang muslim dan mukmin kepada dunia yang putus. Ibadat yang disyariatkan oleh Allah.

Sumber/Kredit: petikan buku Solat & Sains.

Post a Comment

0 Comments