BANTU & TUNTUNLAH KERANA ITU FITRAH

BANTU & TUNTUNLAH KERANA ITU FITRAH


Keperluan membantu itu sentiasa ada.

Saya berhenti di hadapan sebuah pasar raya sambil duduk di dalam kereta saya menunggu isteri saya membeli beberapa barang keperluan.

Seorang gelandangan datang ke arah saya dari seberang tempat letak kereta. Dari penampilannya, dia tidak mempunyai kenderaan, tiada rumah, tiada pakaian bersih dan tiada wang.

Ada kalanya anda berasa murah hati tetapi ada kalanya anda tidak ada mood dan tidak mahu diganggu.

Bagi saya ini adalah salah satu daripada "masa tidak mahu diganggu itu." "Saya harap dia tidak meminta wang dari saya," fikir saya. Benar, dia tidak meminta apa-apa dari saya.

Dia datang dan duduk di tepi jalan berhampiran dan kelihatannya seperti dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan makanan yang enak.

Selepas beberapa minit, dia berkata kepada saya,

"Anda memiliki kereta yang sangat bagus" katanya. Walaupun pakaiannya lusuh tetapi penampilannya seperti orang yang mempunyai maruah dan jatidiri.

Saya berkata, "terima kasih," dan terus mendengar radio kereta.

Dia duduk di tepi jalan itu dengan senyap dan tidak meminta wang seperti yang saya jangkakan.

Dalam keadaan sepi di antara kami, suara hati saya berkata, "tanya dia jika dia memerlukan sebarang bantuan." Saya pasti dia akan berkata "ya" tetapi saya menahan suara hati saya.

"Adakah anda memerlukan sebarang bantuan?"  Akhirnya saya bertanya.

Dia menjawab dalam tiga perkataan ringkas tetapi mendalam yang tidak akan saya lupakan.

Kita sering mengharapkan kebijaksanaan daripada lelaki dan wanita yang hebat dan kita juga memintanya daripada mereka yang berpendidikan dan berpencapaian tinggi.

Saya tidak mengharapkan apa-apa daripadanya selain dia menghulurkan tangan kotornya. Tetapi dia telah menuturkan tiga perkataan yang menggegarkan saya.

"Bukankah kita semua (memerlukan bantuan)"? katanya.

Selama ini saya merasakan diri saya tinggi dan hebat, berjaya dan penting sehinggalah tiga perkataan itu memukul saya seperti senapang patah dua belas tolok.

"Bukankah kita semua (memerlukan bantuan)?". Itulah jawapan yang diberikannya.

"Saya perlukan bantuan. Mungkin bukan untuk tambang bas atau tempat tidur, tetapi saya memerlukan bantuan" katanya.

Saya mengambil dompet saya dan memberinya bukan sahaja wang yang cukup untuk tambang bas tetapi cukup untuk mendapatkan hidangan hangat dan beberapa perkara lain untuk hari itu.

Tiga perkataan kecil itu masih terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini.

Tidak kira berapa banyak yang anda miliki, tidak kira berapa tinggi yang anda telah capai, anda juga memerlukan bantuan.

Tidak kira seberapa sedikit yang anda ada, tidak kira betapa saratnya anda dengan masalah, anda boleh memberi bantuan.

Walaupun ia hanya sekadar pujian, anda boleh memberikannya.

Anda tidak tahu bila anda boleh melihat seseorang yang kelihatan memiliki semuanya.

Mereka sedang menunggu anda untuk memberikan apa yang mereka tidak ada.

*Perspektif yang berbeza tentang kehidupan.

*Sekilas pandangan tentang sesuatu yang indah,

*Lari dari kesibukan harian, yang hanya anda melalui dunia yang fana dapat melihatnya.

Mungkin lelaki itu hanyalah gelandangan yang tidak dikenali yang berkeliaran di jalanan.

Mungkin juga dia lebih daripada itu.

Mungkin dia dihantar oleh yang maha kuasa dan maha bijaksana, untuk melayani jiwa yang terlalu selesa dalam diri mereka.

Mungkin dia seorang Malaikat, berpakaian seperti gelandangan, yang merasakan perlu "pergi kepada lelaki di dalam kereta itu, lelaki itu memerlukan bantuan."

*BUKANKAH KITA SEMUA (memerlukan bantuan)?.

Bantulah seseorang, anda hanyalah penjaga sahaja kepada apa yang anda miliki ketika ini.

Kita datang, kita pergi;  dan di antara datang dan pergi itulah kita mendedahkan siapa diri kita yang sebenarnya.

FITRAHNYA

Manusia memang memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain termasuklah ketika menuju ke alam barzakh.

Kredit/ Sumber: WA Kuatagh, FB Ambotola Pelu

Terjemahan : Mohd Amin T


Post a Comment

0 Comments